Daerah ini tanah tumpah darah
Daerah ini negeri yang asalnya digelar serambi Mekah
Namun,semakin lama semakin punah
Pelbagai masalah kian bernanah
Kerana aku yang lemah
Tiada apa yang mampu ku cegah
Saat anak muda seusiaku semakin rebah
Bila minda sudah terjajah
Oleh syaitan yang tak pernah mengaku kalah
Allahurabbi.Semalam diizinkan Tuhan untuk mengikuti kursus TOT pertolongan cemas. Sangat bermakna kerana kursus ini betul-betul membuka mata sendiri,bahawa sebenarnya aku berada dalam zon selesa ciptaan sendiri. Kami selesa berusrah,bersahabat dengan golongan 'baik-baik',menganjurkan program-program untuk masyarakat umum,sehingga terlupa untuk memandang satu sisi yang sebenarnya lebih memerlukan khidmat kami.
Golongan anak-anak muda yang kekontangan ilmu agama,
golongan-golongan yang sering disisihkan masyarakat
golongan yang lahir dalam keluarga yang retak dan bercerai berai
Tidak sedikit golongan ini di negeri sendiri, mungkin sahaja di sekelilingku.Bahkan di sekolah-sekolah,hatta sekolah agama,terjadinya masalah sosial yang sangat meruncing.Tinggal sahaja masyarakat kita yang terlalu berbaik sangka,atau sengaja memekakkan telinga dan membutakan mata daripada melihat realiti ini selagi perkara ini tidak berlaku kepada ahli keluarga terdekat kita?Lalu bagaimana nasib mereka?Kita terus terusan menghukum tanpa menyampaikan dakwah dan mberikan peluang untuk mereka mendengar risalah Tuhan.
dengarkan rintihan saudara kita ini, dan renungkan,adakah kita bersikap adil terhadap dirinya?
Apakah yang bakal kita jawab di hadapan Tuhan ?
No comments:
Post a Comment