Alhamdulillah,hari ni will be my second last week di HRPZ.Memandangkan HKK hanyalah sebuah hospital daerah,kami dihantar ke HRPZ untuk memenuhi requirement log book di tiga department,CDR,TDM dan TPN,dan sekarang saya sedang menghabiskan minggu-minggu terakhir di CDR department
Sedikit pengenalan tentang Cytotoxic drug reconstitution unit adalah satu unit yang bertanggungjawab menyediakan ubat-ubat kanser(chemotherapy) dan memastikan penyediaannya dalam keadaan yg steril(bersih) dan selamat. so sebelum masuk clean room,kena make sure memakai ppe(personal protective equipment) yg sepatutnya,macam orang nak g angkasawan tu.
Zaman pekerjaan ni kita akan berjumpa dan berurusan dengan pelbagai jenis orang,tetapi bagaimana cara untuk kita menghadapinya adalah terpulang kepada diri sendiri.Life is a decision making process,so decide wisely.Tipulah andai langsung tidak terasa dengan ragam orang yang pelbagai,tapi sebagai muslim berpada-padalah dan bersederhanalah.Berterusan bersikap negatif tidak mendatangkan apaapa faedah,malah membuatkan kita rasa stress,tidak bersemangat dan menyimpan dendam . Itukah yg diajar oleh Islam?
al-Hassan al-Basri berkata: " Bersederhanalah dalam mencintai, dan tidak melampaui dalam membenci. Sungguh ramai orang yang binasa kerana berlebihan dalam mencintai. Dan sungguh ramai orang yang binasa kerana berlebihan dalam membenci.
No comments:
Post a Comment