Wednesday 20 July 2011

Berbanggalah wahai hamlatul quran

daerah penuh berkat






menjejaki daerah subur dengan zikrullah ini
mengimbau memori lalu
dulu,daerah ini pernah menjadi igauan
muncul di setiap mimpi2ku
 kata kakak,bukan sembarangan orang bisa menjejak kaki di sini
dek kerana daerah ini
aku penasaran berlumba-lumba dengan teman mahupun lawan
cuba menjadi juara dalam bidangku
supaya bisa menjejak langkah
meneruskan perjuangan di daerah berkat ini

daerah ini tenang,berkat kalam Tuhan
sudah bergenerasi melahirkan barisan huffaz
kini menjadi penyebar fikrah Islam,ad-deenul haqq di segenap alam
sungguh,cemburu aku bukan sedikit pada kamu,insan pilihan Tuhan
duhai hamlatul quran,bebannmu berat,namun bukan sedikit ganjaran Allah
teruskan perjuangan antum,menjunjung kalamullah

“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Quran dan yang mengajarkannya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

*kelebihan orang yang menghafal quran
thanks  here




Saturday 16 July 2011

Hakikat perjuangan..

Sahabat
Bila engkau memandang segalanya dari ALLAH
Yang menciptakan segalanya
Yang menimpakan ujian
Yang menyebabkan sakitnya hatimu
Yang membuatkan keinginanmu terhalang
Serta menyusahkan hidupmu...
Pastinya
 Akan damailah hatimu
Kerana...
Masakan ALLAH sengaja mentadbirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia
Bukan ALLAH tidak tahu
Deritanya hidupmu
Pecahnya hatimu..
Tapi mungkin ituah yang dia mahu kerana Dia tahu
Hati yang sebegini selalunya lebuh lunak dan mudah
Untuk dekat dan akrab padaNya...

Sahabat..
Tika kau dicuba dengan keperitan
Bersabarlah dengan kesabaran orang yang beriman
itulah yang terbaik..
Usah keluhkan deritamu kepada manusia
jangan kau lupakan Yang Maha Penyayang
menoleh kepada yang tidak penyayang..


kata ustaz " kalau kita katakan diri kita berjuang,diorg pun kata diorg berjuang,kalau kita kata diri kita susah,diorg pun bukan senang rancang strategi nak jatuhkan kita,tapi ingat,
beza yang utama antara kita dan dia adalah;KITA ADA ALLAH..."

Bahtera Penyelamat(Sheikhul islam Fathi Yakin)
Rintangan perjuangan dalam kehidupan pendakwah
1.Orang mu'min yang dengki padanya
2. Orang munafiq yang benci kepadanya
3. Orang Kafir yang memeranginya
4.Syaitan yang menyesatkan
5. Nafsu yang merangsangnya

Pengakuan keimanan memerlukan kepada bukti. Jalan perjuangan(JIHAD) adalah jalan yang panjang penuh dengan derita dan sengsara,


Thursday 14 July 2011

Mencari momentum yang hilang

masih jauh perjalanan utk smpai ke pnghujung

Epilog
Aku bingkas dari mukimku
Tekadku...masanya sudah tiba
Aku berpatah kembali
Mencari duri yang hilang
Mengutip sisa-sisa kekuatan
Kembali meniti lorong-lorong istighfar..

Wahai Yang Maha Penyayang 
Titipkan kasihmu dalam perjalanan ini
Kerana..cintaMu itu bisa menyebabkan
sahabiah alpa pada sakitnya ujian
ahli sufi meremehkan cacian insan
Kerana..lekanya beribadah
Fizikalnya semakin parah
Namun rindunya semakin bertambah..
Titipkan Ya Rabbi
Agar aku tidak akan merintih
Biar betapa pedih 
Duri yang kupijak...

Pena: Ubaidillah


2nd day of 'pembersihan' rumah(sblm tinggalkan umah lg untuk tuntutan y lain)
sambil mengemas buku2 lama,i found myself within dat,d real me,
menyedari betapa byk Allah dah beri  nikmat yang tidak ternilai,
got excellent awards for academic n cocu,status pelajar harapan,guru2 yg supportive
then,i realised semua tu dah jd sejarah;
makin hari,makin selesa meninggalkan masa lalu
bersama semangat yang turut sm diinggalkan
'd one yang sgt bermotivasi,tidak mudah melatah,orang yang teratur,yg sgt mementingkan pelajaran,
n d imp one,yang sntiasa mencri jalan memperbaiki hubgn dgn Allah,'
compared 2 those times,i'm lagged behind now,
n i'm regret for all of dat,hoping 2 renew it all again.
d imp point 2 be refreshed

1. Pengurusan
i'm realised,kebelakangan ni i didnt have d proper books untk perancangan diri/diari,buku perancgn harian,no wonder i miss some of d imp dates,n unfortunately,it not juz affect me,but my frens too..;(
waktu skolah2 dulu,i got a few books,buku kerja rumah,buku target,buku hafalan(patutlah hafalan acik statik je skang,x bertambah,bekurang adalah..huu)..

2. Motivasi diri
motivasi diri bukanlah prkara y perlu dipandang ringan..sebgai seorg yg dipilih Allah berada dalam saffnya,prkra ni perlu dititik beratkan,untuk pastikan kita tidak terus rebah,n x bangun2 lahi(naudzubillah..)
n akademik,i need 2 renew it all over again..jgnlah merasa slesa apbila kita sudah dpt apa yg kita mahu,Allah boleh tarik nikmatNya anytime..

3. pembersihan jiwa
Tambahkan ilmu baru,jgn hanya mengharap suapan dr ustaz,liqa' or usrah..menjadi se org daie,perlu lebih tahu dari org yg hendak diberitahu..n plg penting,ingat teguran Allah.
Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?(Al-Baqarah:44)

4. Menajamkan kembali 'jiwa' yang ditinggalkan
Dunia sastera yang dicintai,yang terlalu lama ditinggalkan,sehingga mjd takut untuk memegang mata pena,..yang sepatutnya boleh dimanfaatkan untuk medan dakwah..
.


WAJIB!!untuk Islam,untuk Allah..kuatkan aku ya Allah

Wednesday 13 July 2011

permata yang hilang~

Pertemuan Yang dirindu
aku berkasih dgn wangi bunga
aku berkasih dengan bening embun
aku berkasih dengan indah purnama
tetapi,aku belum layak
untuk menjadi kekasihMu

aku bersuara dengan ombak
aku bersuara dengan mergastua
aku bersuara dengan hatiku sendiri
namun,sudikah Kau mendegar suaraku?

kelemahan ini bukti kegagahanMu
kekerdilan ini bukti kebesaranMu
dan,tergapaikah langit ke tujuh?
sedang tangga amal belum kukuh
dan dosa hitam belum terbasuh?

Raihani Mohd Said
Dewan siswa ogos '96