Wednesday 14 November 2012

Coretan khas buat kesayanganku!


Bismillahi rrahman nirrahim
Alhamdulillah
Segala puji bagi Allah yang Menguasai segala kekuasaan
Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad
kekasih Allah dan kami semua

Kita menjejakkan kaki ke tahun hijrah yang baru
1434 tahun yang lepas,Rasululullah beserta sahabat memulakan hijrah ke Madinah
Sebagai satu usaha menyebarkan Islam
Hingga akhirnya kau dan aku turut sama merasai nikmatnya

Masa yang begitu pantas berlalu
Suatu saat pada 3 tahun yang sudah
Allah menyaksikan pertemuan antara jiwa-jiwa
Yg rindukan dakwah dan tarbiyyah
Yang akhirnya bersatu dan berkumpul
Saling mengerahkan idea
Membentuk satu wasilah bagi menyuburkan rasa cinta dan sayang kepada Allah dan rasulnya

Allah megilhamkan perencanaan demi perencanaan
Dari hanya usaha untuk menubuhkan sebuah komuniti musalla
Akhirnya membawa kepada penubuhan sebuah persatuan dakwah

Masihku ingat,
Penubuhannya sahaja bukan tertubuh dengan sekelip mata
Bahkan menuntut usaha dan pengorbanan yang bukan sedikit
Demi menguji kesungguhan dan keikhlasan hambaNya
Ketika teman-teman lain berhempas pulas menyiapkan diri untuk peperiksaan akhir
Saat itu jugalah aku dan dia berusaha menyiapkan kertas-kertas kerja penubuhan
Mencari ahli dan jawatankuasa penaja
Naik dan turun tangga mendapatkan nasihat dari orang yang berpengalaman
Membetulkan mana yang silap
Menambahbaik mana yang kurang
Dialah,teman yang sudi di sisi hingga ke hari ini..

Dan akhirnya,terhasillah Persatuan Rakan Masjid,kesayanganku!
Allahu akbar!




Inilah medan kecintaan kami
Medan kami menyuburkan kecintaan pada Allah
Medan berkongsi kerinduan pada kekasihNya
Medan mengingati sejarah kegemilangan Islam dan belajar darinya
Medan untuk belajar sirah sahabat-sahabiah yang setia kepada Allah dan Rasul
Medan membangkitkan ruh Islam dalam diri pemuda
Medan belajar ilmu duniawi dan ukhrawi
Medan kami bersilaturrahim dan berkasih sayang keranaNya
Medan menyiapkan pemuda-pemudi mengikut acuan Islam
Medan melaksanakan amar makruf nahi mungkar
Dan banyak lagi


 Perjuangan ini bukan mudah
Sahabat-sahabat silih berganti menjadi tonggak kekuatan
Dan sampai masanya aku perlu mengundurkan diri
Pernah suatu ketika aku termenung memikirkan masa depan wasilah ini
Namun kini aku yakin
Tiada apa yang perlu dirisaukan
Bumi yang kononnya tandus dengan kefahaman Islam ini sebenarnya
Sangat ramai dengan jiwa-jiwa yang dahagakan roh Islam berkembang di bumi puncak alam ini

Maka,adik-adik yang kusayangi lillah
Jagalah wasilah ini dengan sebaik-baiknya
Suburkan bumi kita ini dengan kalimatul haqq
Jangan pernah berhenti berjuang sehingga islam itu sampai kepada seluruh manusia keseluruhannya

Perjuangan ini tak pernah menjanjikan kesenangan
Namun yakinlah dengan janji Allah bahawa agamaNya pasti menang
Bahkan Allah sudah berfirman
“Wahai orang yang beriman,jika kamu menolong agama Allah,nescaya Allah akan menolongMu”
(Muhammad:7)

Terima kasih buat sahabatyang sama-sama berjuang,berpenat lelah di jalan ini
Tuntutlah hasilnya di akhirat nanti
Ya Allah,
Moga usaha kecil kami ini
Engkau terima dan engkau redha
Dan berikanlah kekuatan kepada kami untuk mengisi gerabak dakwahMu hingga ke akhirnya
Teman,doakan keistiqamahan bersama..

Tuesday 14 February 2012

Istimewa untuk para murabbi

Dedikasi khas untuk guru2ku yang tersayang
Esp: mama zaiti aflah,Ibu Najihah Sharer,umi Siti Rohani,ustazah Latifah,ayahanda cikgu Taifor

 Dikau yang bergelar guru
Insan2 istimewa pilihan Allah membangun generasi pewaris
Membina modal insan berintelek dan berakhlak
Menjadi murabbi dan muaddib
Yang tulus mencurah ilmu dan mendidik anak2 bangsa

Dikau yang bernama guru
Tutur kata  yang penuh berhikmah
Marahmu cetusan rasa sayang yang tak terungkap
Halusnya pekerti membikin diri rasa rindu sesosok tubuhmu
Sabar dan tabahmu membuah rasa kagum
Kejernihan wajahmu tenang terbayang di mata saat berjauhan
Menjadi   azimat dan semangat juga sumber kekuatan
Untuk diriku menempuhi perjalanan yang panjang

Dikau yang bernama guru
Yang menjadikan Allah sbg sumber kekuatan
Yang menjadikan Rasulullah sbg ikutan

Izinkan aku menjadikan dirimu sbg idolaku
Izinkan aku menatap potretmu saat diri goyah
Izinkan aku mencuri semangatmu sebagai bekal sepanjang perjalanan ini
Izinkan aku menitipkan kata2mu dalam buku2 harianku
Dikau yang bernama guru
Dalam kelelahan melayan karenah keluarga dan anak2
Dalam bebanan menyiapkan perancangan juga amanah lain
Masih mampu tersenyum memberi sinar bahagia buat anak2 di medan tarbiyyah

Tiada apa yang mampu kubalas
Melainkan menyelitkan dirimu dalam untaian doa2ku
Semoga ALLAH memudahkan perjalanan hidupmu
Kerana dirimu memudahkan jalan anak2 ini
Semoga ALLAH memayungi setiap langkah perjalananmu
Semoga ALLAH memelihara keluarga dan anak2mu
Semoga kita bisa bertemu di Syurga ALLAH

Guru2ku yang disayangi ALLAH,
Kudoakan dirimu terus kuat,
Kerana antumlah KEKUATAN bagi kami selain Allah dan Rasul
Jangan pernah berhenti  mendidik generasi ini
Kerana anak2 inilah yang silih berganti akan memacu ISLAM ke puncaknya
Kerana anak2 ini amanah ALLAH untuk insan yang bernama GURU

Kudoakan semoga generasi pendidik yang lain sehebat dan secekal antum!!<3

Monday 2 January 2012

Ambang penghijrahan^^

Bismillahirrahmanirrahim

Mencelah sedikit waktu,
Singgah sebentar di teratak yg makin berdebu ini,
sekadar tidak membiarkan ia terus mati..

Allahurabbi,terasa masa begitu pantas berlalu,
Dalam sedar mahupun tidak,
Tahun 2011 sudah menutup tirai
Menginjak ke angka 2012

Ayuh muhasabah detik dan waktu yang ditinggalkan
Sekadar merenung adakah amalan yang bisa memberatkan timbangan Al-Mizan
dan pastinya tahun yang menginjak ini
membutuhkan komitmen yang bukan sedikit,
dengan taklifan yang makin memberat
hanya padaMu Allah aku mengharap
peganglah tanganku meniti jalan-jalan di hadapan
tak mampu aku berjalan sendirian tanpaMu

Permulaan tahun 2012,
Disambut dengan alunan asma Allah,
bergema  di dataran Shah Alam,
Hiburan Islam menjadi halwa telinga
di samping pengisian bermanfaat bersama Ustaz Azhar,
Ambang perubahan sudah menampakkan kesannya
Allahurabbi,saksikanlah usaha-usaha untuk mengembalikan Islammu

Saksikanlah,inilah usaha kami
Maka,bantulah kami di DUNIA dan AKHIRAT..