Lazimnya putaran kehidupan,tidak akan lari dari sunnatullah,yang kecil akan membesar,yang dewasa akan menjadi tua,dan yang tua akan meningkat umurnya dan seterusnya akan meninggalkan kita. Mengenangkan kelaziman ini,sepatutnya manusia akan berasa takut untuk melakukan kemaksiatan kepada Allah,kezaliman kepada sesama makhluk dan kejahatan memandangkan kita semua beriman kepada rukun iman yakni meyakini adanya hari pembalasan.
Begitu juga dengan kepimpinan,yang mana merupakan tanggungjawab(atau lebih tepat dikatakan amanah) yang perlu dipikul oleh seseorang yang telah diberi kepercayaan oleh seseorang. Berbicara tentang kepimpinan,Allah berfirman:
"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia (yg tak melaksanakan amanah) itu amat zalim dan amat bodoh..."al-ahzab:72
"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dimintai pertanggungjawaban tentang kepemimpinan kamu." (HR Bukhari dan Muslim)
Justeru,pemimpin perlulah dipilih bukan sahaja dari segi keupayaan dan kemahiran dalam bidang yang dipimpinnya,malahan perlulah dititikberatkan dari sudut akhlaknya. Saya tertarik dengan jawapan Tn.Guru Haji Hadi apabila ditanya oleh seorang pemuda,bagaimanakah PAS boleh menjamin jika dipilih rakyat untuk membentuk kerajaan,tidak akan berlaku permasalahan seperti kroni,rasuh ataupun masalah salah laku lain dalam pentadbiran,dan Tn Guru menjawab ianya berkaitan dengan akhlak seseorang pemimpin. Justeru ,pentarbiyahan berterusan perlu ditikberatkan oleh setiap orang terutamanya yang bergelar pimpinan memandangkan mereka yang akan berhadapan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi. Kehadiran dalam usrah atau program-program tarbiyyah perlulah dilihat sebagai sesuatu yang penting umpama pentingnya kehadiran menduduki peperiksaan akhir bagi seorang pelajar.
Tetapi,amat menghairankan saya selaku seorang yang bergelar bakal pemimpin,bagaimanakah kemahiran dan kredibiliti seseorang mahasiswa akan diuji jika penglibatan mereka disekat dengan pelbagai sekatan dan diugut dengan pelbagai ancaman. Suara dan tindakan pula perlulah selari dengan pihak-pihak tertentu.
Melihat kepada situasi sekarang,dimana rakan-rakan seangkatan saya langsung tidak berminat untuk berbicara persoalan siasah sedangkan merekalah pewaris kepimpinan negara dan jangan terkejut jika mereka tidak mahu langsung ambil tahu tentang arena politik negara.Ini tidak lain dan tidak bukan disebabkan kesan pelbagai akta dan sekatan tersebut. Adakah pihak pentadbiran melihat minat seseorang dalam bidang siasah/politik ini adalah sesuatu yang boleh muncul tiba-tiba sahaja usai para mahasiswa tersebut bergelar graduan?
Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi,seorang ulama kontemporari berkata “Jika ingin melihat sesebuah negara pada masa hadapan,lihatlah golongan belianya pada hari ini”
Tepuk dada,tanyalah akal yang waras.
No comments:
Post a Comment