Friday, 1 April 2011

Praise be to Allah


(^___^)
Allahu Rabbi,
Alhamdulillahi Rabbil Alamin
Masih KAU berikan aku kesempatan
Untuk menghela nafas buat sebentar cuma
 Memberi lagi aku peluang untuk bertaubat,
Mengumpul amal buat pemberat Al-Mizan ke syurga
Lagi,lagi dan lagi...
Sedang aku sering alpa,leka..
Terkadang lupa mensyukuri nikmatMu yg tiada tara
Namun jangan Kau berlepas tangan dariku
Juga memalingkan wajahMu dari melihatku
Ampunkan aku Ya Rabb..
Andai umur yg panjang itu baik bagiku,maka panjangkanlah umurku,
Dan jika sebaliknya,maka ambillah nyawaku dalam husnul khatimah..

Ya Rahman,
"Kasihanilah kedua ibu bapaku sepertimana mereka mengasihaniku sewaktu aku masih kecil"
Tanpa keluhan,rungutan menjadikan aku insan berguna
Selimutilah mereka dalam limpahan nikmat dan imanMu
Merekalah permata hatiku
Juga kakak2ku,abang2ku,dan adik serta anak2 saudara pengibur hati ini
Masukkanlah mereka dalam golongan hambaMu yg beriman
Berjaya dunia,berjaya akhirat.
my Love


Duhai sahabat,
Terima kasih kerna masih setia di sisi
Kamu rahmat Allah yg amat berharga
Bukan ucapan atau hadiah yang ku tunggu
Cukuplah kamu mengingatiku dalam doa2mu
Peganglah aku,ingatkanlah aku
Agar tidak jauh dari jalan Ilahi
Aku sayang kamu,kerana Allah
Kerana dia kita bertemu dan kerana Dia,kita akan berpisah
Ayuh kita sama2 berpegangan tangan,kuatkan barisan,atur strategi
Untuk MENUJU PUNCAK..=)
Membawa dan tegakkan syiar Islam setingginya..

~Ampunkan dan maafkan daku,seorang musafir yg singgah berkelana sebentar,mengharap redha TUHAN,mendamba Cinta ILAHI~

P/S:Thanx for d book+book+comic+cow+nice pic+wishes+doas..may Allah blezz all of u..sayang kamoo..=)




1 comment: