Wednesday, 14 November 2012

Coretan khas buat kesayanganku!


Bismillahi rrahman nirrahim
Alhamdulillah
Segala puji bagi Allah yang Menguasai segala kekuasaan
Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad
kekasih Allah dan kami semua

Kita menjejakkan kaki ke tahun hijrah yang baru
1434 tahun yang lepas,Rasululullah beserta sahabat memulakan hijrah ke Madinah
Sebagai satu usaha menyebarkan Islam
Hingga akhirnya kau dan aku turut sama merasai nikmatnya

Masa yang begitu pantas berlalu
Suatu saat pada 3 tahun yang sudah
Allah menyaksikan pertemuan antara jiwa-jiwa
Yg rindukan dakwah dan tarbiyyah
Yang akhirnya bersatu dan berkumpul
Saling mengerahkan idea
Membentuk satu wasilah bagi menyuburkan rasa cinta dan sayang kepada Allah dan rasulnya

Allah megilhamkan perencanaan demi perencanaan
Dari hanya usaha untuk menubuhkan sebuah komuniti musalla
Akhirnya membawa kepada penubuhan sebuah persatuan dakwah

Masihku ingat,
Penubuhannya sahaja bukan tertubuh dengan sekelip mata
Bahkan menuntut usaha dan pengorbanan yang bukan sedikit
Demi menguji kesungguhan dan keikhlasan hambaNya
Ketika teman-teman lain berhempas pulas menyiapkan diri untuk peperiksaan akhir
Saat itu jugalah aku dan dia berusaha menyiapkan kertas-kertas kerja penubuhan
Mencari ahli dan jawatankuasa penaja
Naik dan turun tangga mendapatkan nasihat dari orang yang berpengalaman
Membetulkan mana yang silap
Menambahbaik mana yang kurang
Dialah,teman yang sudi di sisi hingga ke hari ini..

Dan akhirnya,terhasillah Persatuan Rakan Masjid,kesayanganku!
Allahu akbar!




Inilah medan kecintaan kami
Medan kami menyuburkan kecintaan pada Allah
Medan berkongsi kerinduan pada kekasihNya
Medan mengingati sejarah kegemilangan Islam dan belajar darinya
Medan untuk belajar sirah sahabat-sahabiah yang setia kepada Allah dan Rasul
Medan membangkitkan ruh Islam dalam diri pemuda
Medan belajar ilmu duniawi dan ukhrawi
Medan kami bersilaturrahim dan berkasih sayang keranaNya
Medan menyiapkan pemuda-pemudi mengikut acuan Islam
Medan melaksanakan amar makruf nahi mungkar
Dan banyak lagi


 Perjuangan ini bukan mudah
Sahabat-sahabat silih berganti menjadi tonggak kekuatan
Dan sampai masanya aku perlu mengundurkan diri
Pernah suatu ketika aku termenung memikirkan masa depan wasilah ini
Namun kini aku yakin
Tiada apa yang perlu dirisaukan
Bumi yang kononnya tandus dengan kefahaman Islam ini sebenarnya
Sangat ramai dengan jiwa-jiwa yang dahagakan roh Islam berkembang di bumi puncak alam ini

Maka,adik-adik yang kusayangi lillah
Jagalah wasilah ini dengan sebaik-baiknya
Suburkan bumi kita ini dengan kalimatul haqq
Jangan pernah berhenti berjuang sehingga islam itu sampai kepada seluruh manusia keseluruhannya

Perjuangan ini tak pernah menjanjikan kesenangan
Namun yakinlah dengan janji Allah bahawa agamaNya pasti menang
Bahkan Allah sudah berfirman
“Wahai orang yang beriman,jika kamu menolong agama Allah,nescaya Allah akan menolongMu”
(Muhammad:7)

Terima kasih buat sahabatyang sama-sama berjuang,berpenat lelah di jalan ini
Tuntutlah hasilnya di akhirat nanti
Ya Allah,
Moga usaha kecil kami ini
Engkau terima dan engkau redha
Dan berikanlah kekuatan kepada kami untuk mengisi gerabak dakwahMu hingga ke akhirnya
Teman,doakan keistiqamahan bersama..

No comments:

Post a Comment