Saturday, 16 July 2011

Hakikat perjuangan..

Sahabat
Bila engkau memandang segalanya dari ALLAH
Yang menciptakan segalanya
Yang menimpakan ujian
Yang menyebabkan sakitnya hatimu
Yang membuatkan keinginanmu terhalang
Serta menyusahkan hidupmu...
Pastinya
 Akan damailah hatimu
Kerana...
Masakan ALLAH sengaja mentadbirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia
Bukan ALLAH tidak tahu
Deritanya hidupmu
Pecahnya hatimu..
Tapi mungkin ituah yang dia mahu kerana Dia tahu
Hati yang sebegini selalunya lebuh lunak dan mudah
Untuk dekat dan akrab padaNya...

Sahabat..
Tika kau dicuba dengan keperitan
Bersabarlah dengan kesabaran orang yang beriman
itulah yang terbaik..
Usah keluhkan deritamu kepada manusia
jangan kau lupakan Yang Maha Penyayang
menoleh kepada yang tidak penyayang..


kata ustaz " kalau kita katakan diri kita berjuang,diorg pun kata diorg berjuang,kalau kita kata diri kita susah,diorg pun bukan senang rancang strategi nak jatuhkan kita,tapi ingat,
beza yang utama antara kita dan dia adalah;KITA ADA ALLAH..."

Bahtera Penyelamat(Sheikhul islam Fathi Yakin)
Rintangan perjuangan dalam kehidupan pendakwah
1.Orang mu'min yang dengki padanya
2. Orang munafiq yang benci kepadanya
3. Orang Kafir yang memeranginya
4.Syaitan yang menyesatkan
5. Nafsu yang merangsangnya

Pengakuan keimanan memerlukan kepada bukti. Jalan perjuangan(JIHAD) adalah jalan yang panjang penuh dengan derita dan sengsara,


No comments:

Post a Comment