Tuesday 31 May 2011

Tiada lagi peneman petang..

Bismillahirrahmanirrahim
baru bertemu pensel untuk kembali menulis..:)

hari ni berpeluang bersiar2 di halaman rumah setelah sekian lama merindui,Alhamdulillah
Allah masih memberikan kesempatan,bernafas dan bersujud memohon taubat dariNya..
 
dihadapan rumah achik ada sebuah rumah kecil(lebih sesuai dipanggil pondok mungkin)
letaknya bersebelahan dengan surau, dekat amat
penghuninya seorang makcik tua,sebatang kara,
tiada anak mahupun suami disisi
menumpang kasih dari anak-anak saudara,yang sesekali menjenguk
mencurahkan sayang bak seorang ibu pada sang makhluk Allah yang comel
anak-anak kucing,dijaga,dibelai sebaiknya
tatkala azan berkumandang,
pasti diheret juga badannya,bertemankan tongkat
dirinya,selagi badannya mampu,pasti jiran2 disinggahinya
dan achik,
setiap kali cuti semester,
pasti rumahnya jadi tempat persinggahan wajib,
mendengar luahan dan sesekali melayan perasaannya
membawa anak-anak buah untuk menghiburkannya,
hampir setiap petang,rutinya begitu

tapi,tatkala achik pulang menjelang peperiksaan akhir yg lepas,
ma mengkhabarkan perihal makcik tua itu,
kakinya dipotong gara-gara kencing manis,
lalu rumah itu ditinggal kosong,sepi
dan tinggallah dia bersama adiknya,
yang agak jauh dari rumah achik,
Alhamdulillah,ma mengajak achik menziarahinya,
tatkala sampai,dia masih mengenali achik,walaupun badannya sudah lain benar
tapi tidak sempat bersembang lama 

dan kali ini,
cuti semester datang lagi,seperti sebelum2nya
cuma bezanya kini,mak cik tua itu sudah tiada
baru seminggu lepas Allah menjemputnya
memberikan pengistirehatan abadi buat dirinya,InsyaALLAH
lalu tiada lagi sesi santai petang2 achik bersamanya
kadang2 achik jadi rindu,
dia setia mendengar omongan2 achik
kini rumah itu hanya menjadi kenangan
rerumput dan dedaunan kian menjalar
mahu menutupi sang rumah 
persis manusia yang bakal lupa pada tuannya
seperti juga K.I.T.A
begitulah pengakhirannya..

Dan kalaulah Allah menyeksa manusia disebabkan kezaliman mereka, tentulah Dia (Allah) tidak membiarkan di muka bumi sesuatu makhluk yang melata; akan tetapi Dia (Allah) memberikan tempoh hingga ke suatu masa yang ditentukan; kemudian apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka dapat meminta diundurkan sesaat pun dan tidak pula dapat didahulukan. (an-nahl:61)

1 comment: