Nenek tua itu
Tidak seperti aku,bila bangunnya
Tingginya mencecah bahuku cuma
Kerana badannya sudah bongkok tiga
Nenek tua itu,
Tidak seperti aku,bila bangunnya
Penuh cermat,hati-hati
Kerana badannya suduh uzur benar
Nenek tua itu
Tidak seperti aku,usia solat dan doa
Terus bangun dan menyalami setiap jemaah
Diraih aku dalam pelukan,
Dikucup pipiku kiri dan kanan
Penuh kasih dan sayang
Juga pada tetangga yang lain
Nenek tua itu
Tidak seperti aku,duduknya sebelum azan bermula
Usai azan,digagahkan badan nya
Menyelesaikan solat-solat sunat
Bila takbir imam diangkat
Lantas sahaja dia mengikut
Tanpa tunggu2,cakap2,atau main2 lagi
Nenek tua itu
Tidak seperti aku,umurnya hampir mencecah seabad
Namun semangatnya sahaja tak mampu dilawan
Pasti andai dihitung amalanku dgnnya
Umpama langit dan bumi..
Nenek tua itu,
Dan aku yang masih belia,
Mungkin saja aku yang pergi dulu
Ataupun mungkin juga dia
Siapa yang punya jaminan
Mampu menghirup nafas lagi??
Nenek tua itu
Tidak seperti aku,bila bangunnya
Tingginya mencecah bahuku cuma
Kerana badannya sudah bongkok tiga
Nenek tua itu,
Tidak seperti aku,bila bangunnya
Penuh cermat,hati-hati
Kerana badannya suduh uzur benar
Nenek tua itu
Tidak seperti aku,usia solat dan doa
Terus bangun dan menyalami setiap jemaah
Diraih aku dalam pelukan,
Dikucup pipiku kiri dan kanan
Penuh kasih dan sayang
Juga pada tetangga yang lain
Nenek tua itu
Tidak seperti aku,duduknya sebelum azan bermula
Usai azan,digagahkan badan nya
Menyelesaikan solat-solat sunat
Bila takbir imam diangkat
Lantas sahaja dia mengikut
Tanpa tunggu2,cakap2,atau main2 lagi
Nenek tua itu
Tidak seperti aku,umurnya hampir mencecah seabad
Namun semangatnya sahaja tak mampu dilawan
Pasti andai dihitung amalanku dgnnya
Umpama langit dan bumi..
Nenek tua itu,
Dan aku yang masih belia,
Mungkin saja aku yang pergi dulu
Ataupun mungkin juga dia
Siapa yang punya jaminan
Mampu menghirup nafas lagi??