Bismillah.salam sayyidul ayyam,membilang hari utk sampai ke bulan Ramadhan.
Waktu silih berganti dan umur makin bertambah,namun apakah amalan bertambah seiring dengan umur?Allahurabbi
Realiti ummah,amat menyesakkan dada.Semalam,sementara menunggu boss membuat counterchecking worksheet utk preparation chemo drug,ajak kawan jalan2 dalam ward paed,yg kebetulannya sangat dekat dengan farmasi pesakit dalam.Sambil mengintai intai wajah2 baby-baby yg comel dan berderet di dalam ward,kami menjenguk jenguk BHT(bed head ticket adalah fail yg memuatkan segala progress berkaitan pesakit dan setiap pesakit akan mempunyai BHT mereka sendiri) yg berada di tepi dinding.
Allahurabbi.tersentap dan speechless membaca family history salah seorang baby di situ.Ibu dan ayah si bayi merupakan adik beradik..!Bala apakah yg menimpa ummat ini?Sumbang mahram dilakukan secara suka suka tanpa sedikit pun rasa bersalah,dan kita masih selesa dengan persekitaran kita tanpa berbuat apa apa.Adakah sehingga terjadi kepada ahli/kaum keluarga kita barulah kita ingin bertindak?Pastinya sudah terlambat..!
Teringat ketika melakukan ward round bersama para HO dan specialist,kami sampai pada seorang baby prematured,yg juga merupakan anak luar nikah.Si bayi merupakan anak luar nikah kedua dari ibunya.Dia sudah mempunyai seorg abang yg dilahirkan dalam keadaan yg sama,si doktor pakar tersebut berkata
"Yes,as a professional health care,i can treat this patient(baby),tapi as a muslim apa sy nak jawab depan Tuhan nanti kalau membiarkan saja kes begini?" Beliau berbicara dengan nada kesal
Katanya,dia sudah membuat report pada jabatan agama islam,tapi tiada tindakan sewajarnya diambil.Dan percayalah teman,ini bukanlah kes kes terpencil,sudah acap kali kutemui kes-kes rogol,zina dan anak luar nikah sepanjang baru 7bulan bekerja. Saat ini,apa yg sedang kita lakukan utk membantu ummah yg kian parah?Ralit berdakwah di fb?sedangkan list kawan kita pun hanya di approved dr kalangan yg baik2,apa kau kira dakwahmu sampai pada yg selayaknya? Untuk menghadiri usrah saja sudah malas,bagaimana engkau bercita cita untuk mencetak rijal rijal yg akan menjadi benteng dan penegak agama? Allahurabbi.ampunkan kami.ampunkan ummat ini.
Bismillah,updating blog in CDR preparation room,while waiting for my boss finishing all the preparations. Alhamdulillah,hari ni will be my second last week di HRPZ.Memandangkan HKK hanyalah sebuah hospital daerah,kami dihantar ke HRPZ untuk memenuhi requirement log book di tiga department,CDR,TDM dan TPN,dan sekarang saya sedang menghabiskan minggu-minggu terakhir di CDR department
Sedikit pengenalan tentang Cytotoxic drug reconstitution unit adalah satu unit yang bertanggungjawab menyediakan ubat-ubat kanser(chemotherapy) dan memastikan penyediaannya dalam keadaan yg steril(bersih) dan selamat. so sebelum masuk clean room,kena make sure memakai ppe(personal protective equipment) yg sepatutnya,macam orang nak g angkasawan tu. Zaman pekerjaan ni kita akan berjumpa dan berurusan dengan pelbagai jenis orang,tetapi bagaimana cara untuk kita menghadapinya adalah terpulang kepada diri sendiri.Life is a decision making process,so decide wisely.Tipulah andai langsung tidak terasa dengan ragam orang yang pelbagai,tapi sebagai muslim berpada-padalah dan bersederhanalah.Berterusan bersikap negatif tidak mendatangkan apaapa faedah,malah membuatkan kita rasa stress,tidak bersemangat dan menyimpan dendam . Itukah yg diajar oleh Islam?
al-Hassan al-Basri berkata: " Bersederhanalah dalam mencintai, dan tidak melampaui dalam membenci. Sungguh ramai orang yang binasa kerana berlebihan dalam mencintai. Dan sungguh ramai orang yang binasa kerana berlebihan dalam membenci.
Dunia penulisan yg sudah lama ditinggalkan,kaku terasa jari jemari menaip kembali
Teringat adik di kampus,yg sentiasa memberi semangat supaya menulis,mencipta legasi untuk dibawa pulang ke perkampungan akhirat.
Alhamdulillah,hampir tujuh bulan memulakan fasa baru dalam kehidupan,menyesuaikan diri dengan suasana pekerjaan,terlalu banyak yang berlaku dalam fasa peralihan ini,namun seharusnya sebagai seorang muslim,tidak akan menjadikan itu sebagai satu alasan
Cuba menguruskan masa sebagai pekerja,pelajar dan juga sebagai daie.Tuntutan kerja sbgai PRP(provisionally registered pharmacist) sedikit sebanyak mengehadkan masa yang ada. Namun,di situlah pentingnya peranan tarbiyyah yg dilalui pada zaman kampus dahulu.Saat hati makin menjauh,hati teringat pada janji2 yg diikat pada Tuhan,untuk bergerak sebagai hamba dan daieNya. Dan itulah yg sentiasa memegang diri ini supaya mampu bertahan saat bebanan datang dari segenap arah.Alhamdulillahi ala kulli hal
Saat hati merasa susah,kaki seakan tidak mampu melangkah
,ingatlah setiap apa yg berlaku semuanya dibawah pengetahuan Tuhan
Pengalaman yg kita lalui setiap hari adalah satu bentuk tarbiyyah(didikan) Allah secara langsung kepada kita,untuk kita lebih bersedia menghadapi hari2 yg seterusnya
Terlalu banyak perkara yg ingin dikongsi dan perlu dijadikan sebagai pengajaran
Semoga diri ini terus kuat dan thabat,insyaAllah.
Siapakah yang telah mengejut Eropah dari tidur berbungkus mantel kegelapan ribuan tahun dengan menghadiahi mereka mentari tertatang empat telapak tangan dua lelaki mulia dari titis air mani yang sama
Ini kota dikelilingi air tenang biru; dan lubang kunci sinaran cahaya bulan menerangi dunia di kujur pintunya.
Siapa boleh memulangkan daku semangat lima ratus enam puluh satu tahun lalu? bukankah pena telah mencatat kemahsyuran baginda Murad menanggalkan jubah tasaufnya bertempur sebagai singa satria? Bukankah kerana pedang yang ternama dan kudanya yang perkasa kita punyai saudara sejauh Belgrade di utara dan kita miliki kota-kota indah di Bosnia dan Hezergovina, Geneva dan Serbia kita genggami Venesia dan gagah di Florensia.
Debu-debu di kaki soldadu jihad ratusan tahun terapung di medan Sophia Albania dan kita ukir batu-batu putih di tepian jalanan ke Balkan dengan gemercing dan percik api mata panah panglima kita yang berani kita saksikan kekalahan berkali-kali Jean Hunyade di hujung hunus pedang Sultan Murad dan kepala Ladeslase si pemungkir janji tertancap pada tombak di medan Wane
Seru baginda: “Hai segala kafir! Inilah kepala Rajamu!” dan tentera bergema gigi dan lidah dengan takbir sayap hijau kita kembangkan di ruang angkasa Crotia barangkali jauh hingga ke Cologne atau Berlin
Usah terlupa pesan Nabi: “Sebaik-baik Jeneral ialah Jeneral penakluk Konstantinopel Sebaik-baik tentera ialah tentera penakluk Konstantinopel.”
Tembilang mulia baginda bercerita menghentak dan membongkar batu Madinah cetus api pertama istana putih Yamani cetus api kedua takhta Kisra di tanah Parsi cetus api ketiga mahligai Kaisar di Konstantinopel
Masakan kalian lupa pada sirah sewaktu sahabat menggali parit dalam di ambang hari-hari Khandak itu?
“Inilah janji kita!” untuk membesar hingga ke Byzantium
Aku tiba-tiba berada di hujung Ogos tahun seribu empat ratus lima puluh dua masehi itu, di sini Muhammad al Fatih membina benteng Rumli Hisar sembilan musim berjalan dengan debar dan selat Balphorous sempit dipagari rantai-rantai besar tahukah kalian 70 bahtera diusung membeban bahu upang-upang kayu ini jadi mata dan Urban si pembuat meriam memuntahkan peluru-peluru dahsyatnya
Hei, dayus pengecut aku mahu pemimpin sekarang siapa ? Yang tersohor di utara dan selatan mendakwa hamba Haramain atau celupar mulutnya ingin memuliakan darjat bangsa supaya kembalikan padaku waktu Subuh 20 Jamadil Awal 857 Hijrah tatkala jenazah Kaisar Byzantium bergelimpangan dan al Fatih mengendarai kuda Jambulatnya rendah diri menyirami kepala dengan bumi dan bersolat Asar di Aya Sophia sedang pendita Nasrani di hari Santa Theodosie tidak diganasi sejarah mana pernah melihat keluhuran akhlak seorang Jeneral hingga terlafaz dari bibir si Petrick Nasrani “Kaisar-kaisar kami tidak memuliakan kami begini!”
Berterima kasihlah kepada baginda Murad Dua dan anakandanya al Fatih penakluk mulia kerana dengan mendakap kota idaman itu cahaya mentari dapat bersinar di Athens melebar hingga ke Kepulauan Crimea dan bermahkota di hati warga Itali
Jangan lupa, kitalah yang telah mengejut Eropah dan memandikan mereka pagi-pagi dengan kebijaksanaan yang ditimba dari danau al-Quran dan Sirah Nabawi kitalah yang telah membangunkan lelaki buta dan menyembuhkannya dengan jari-jemari ini
Sekarang mengapa kita harus tersungkur di kaki pesakit sedang kita dulu penawarnya?
Tolong – pulangkan aku al Fatih dan ayahandanya si Murad Dua Tolong – datangkan kepadaku semangat pembebasan Konstantinopel
Sakit apakah kita begini parah kita tahu apa ubatnya tetapi lebih rela meminum racun celaka
Pulanglah semua mari pulang dengan hati dan jiwa penuh untuk gagah semula.
hatiku menangis saat menyampaikan sajak ini sungguh,benar-benar mencucuk sarat dengan sirah,sejarah ,sindiran dan harapan harapan buat ummah masih tidurkah lagi?? allahurabbi..=(
"kuatnya dakwah kita kerana ianya dakwah ALLAH yang merupakan dakwah yang paling tinggi. Seluruh dunia memerlukannya,maka setiap perkara yang terkandung di dalam dunia dipermudahkan untuknya dan disediakan untuk jalan dakwah. Kita bersyukur kepada ALLAH kerana membersihkan diri kita dari ketamakan peribadi dan manfaat perseorangan dan kita tidak ingin kecuali keredhaan ALLAH S.W.T dan kebaikan orang ramai. Kemudian sesungguhnya kita menanti bantuan ALLAH dan pertolonganNya kerana sesiapa yang diberikan pertolongan oleh Allah maka ia tidak dapat dikalahkan."
Alhamdulillah,bersyukur kepada ALLAH di atas kurniaan nafas,iman dan ISLAM,kita melangkah ke tahun baru 1433 Hijrah dalam keadaan masih berada tetap dijalanNya.
Bersyukur juga,dalam minggu terakhir ini,banyak pentarbiyahan yang achik dapat tidak kiralah melalui ustaz,ustazah mahupun para sahabat yang setia di sisi,banyak yang dibincangkan,dan banyak yang perlu dihadam selunaknya sebagai teras untuk kita menghadapi hari depan.
Sebagaimana pentingnya makanan jasad juga untuk kelangsungan hidup manusia,memastikan setiap sel badan mendapat nutrien untuk menghasilkan tenaga secukupnya,begitulah pentingnya makanan rohani kita,menjaga keseimbangan roh,supaya sentiasa tenang menghadapi apa jua mehnah.
Dalam kita merasai kelazatan hidup ditarbiyyah,jangan kita terlupa tentang bahagian yang lain yang tidak boleh kita tinggalkan,kerana menepati sifat ISLAM yang syumul(lengkap),dan menyeluruh,maka tidak sepatutnya kita hanya menumpukan aspek pentarbiyahan semata-mata,kerana matlamat kita untuk menyebarkan dakwah ISLAM dan menegakkannya ke puncak nun tertinggi tidak akan tercapai dengan hanya mengikuti usrah,bicara ilmu dan kuliyyah serta forum semata-mata. Aspek politik,ekonomi,pentadbiran dan sebagainya perlu diuruskan sebaik-baiknya supaya kita mampu bersaing,berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan orang lain,terutamanya musuh-musuh Islam(tidak kiralah golongan kuffar mahupun orang ISLAM sendiri;yang tidak mahu menjalankan syariat ISLAM!)
Allah berfirman,
Wahai orang-orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah syaitan. Sesunguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.”-Surah al-Baqarah: ayat 208.
Achik agak terkilan,apabila dikhabarkan ada sesetengah pertubuhan,yang bernaung menggunakan nama ISLAM,hanya menekankan aspek ukhrawi sahaja sehingga langsung meninggalkan aspek duniawi. Ingatlah bahawa,dunia juga merupakan wasilah.yakni tempat bercucuk tanam untuk menuai hasilnya di akhirat. Jika menekankan aspek pentarbiyahan diri semata-mata tanpa memikirkan permasalahan umat dan dakwah Islam,bukanlah ajaran Islam yang sebenar-benarnya. Sehinggakan sanggup memonteng kelas untuk ke program pentarbiyahan dengan alasan kelas hanya bersifat keduniaan,dan yang kita perlu kejar adalah akhirat semata-mata. Apakah akan terjadi akibat selalu ponteng kelas akan menyebabkan kemerosotan dalam pelajaran,dan akhirnya menjadi FITNAH kepada Islam. Tidakkah malu apabila kita dilabelkan seorang Muslim yang gagal??Di sinilah pentingnya untuk kita memahami FIQH AULAWIYYAT yang sbenar-benarnya,melihat keutamaan dari semua aspek.
Ingatlah,sunnatullah telah menggariskan jalan dakwah bukanlah jalan yang tenang dan dihampar dengan permaidani merah,sebaliknya merupakan jalan yang beronak duri dan penuh dengan mehnah dan tribulasi. Sirah Rasulullah juga,jika diimbas kembali,betapa susahnya Nabi Muhammad S.A.W untuk membawa risalah ISLAM,dilempar dengan batu,difitnah,diugut bunuh dan pelbagai lagi ancaman walhal jika Rasulullah mahu,boleh sahaja baginda menerima pangkat yang diberikan dengan alasan untuk membawa dakwah. Dengan begitu,tiada lagi ancaman yang diterima,dan baginda boleh membawa dakwah dengan senang.Tetapi,disebabkan jalan getir yang dilalui dahululah,ISLAM boleh sampai ke serata dunia sehingga kita mampu hidup dalam nikmat iman pada hari ini.
Jalan yang kita lalui sungguh panjang dan banyak persimpangan. Mungkin sahaja kita berada di jalan yang sama,dan mungkin juga kita berada di jalan yang lain.
Banyak pihak mengatakan mereka membawa Islam,tetapi cubalah koreksi diri masing-masing,jika anda berada di jalan yang sungguh tenang,tanpa pelbagai ancaman,boleh tidur dengan nyenyak tanpa perlu takut memikirkan sebarang permasalahan(hanya bergerak dalam zon selesa),mungkin anda perlu menilai kembali jalan yang anda pilih.
teringat kata-kata seorang professor
LIFE IS A DECISION MAKING PROCESS,SO DECIDE WISELY..
setiap jalan yang dipilih,
setiap langkah yang diatur,
setiap kata yang terucap,
semuanya akan DIPERTANGGUNGJAWABKAN di akhirat nanti..
Allahurabbi..!!
Rasulullah membawa dakwah ini dengan penuh susah payah,dibayar dengan nyawa dan darah,berbanggalah andai anda salah seorang mata rantai perjuangan ini,maka peliharalah dan tautkan sepanjang yang boleh,dan janganlah sesekali menjadi musabab kepada putusnya mata rantai perjuangan ISLAM ini,nauzubillahiminzalik!
Suatu perkongsian yang ringkas dan MUHASABAH diri untuk ana yang hina,dan khilaf..
“Ini ialah satu “surah” yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya).
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.(1-2:Surah An-Nur)
Allah menetapkan hukuman yang begitu berat kepada pelaku-pelaku zina,dan kita dilarang daripada mempunyai rasa belas kasihan dalam menjalankannya.
Selaku seorang yang sedang meniti usia remaja,tidak dapat dinafikan kecenderungan setiap manusia untuk menyayangi dan disayangi. Namun,di sinilah yang akan membezakan sama ada kita hamba yang beriman ataupun tidak,tidak salah kalau saya katakan fitrah ini merupakan salah satu ujian Allah kepada kita,sebagai seseorang yang mengaku beriman kepada Allah,yakni berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah,
Bukankan Allah telah mengingatkan,
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?(2:Surah Al-Ankabut)
Sangat menyedihkan bilamana rata-rata teman sengkatan begitu bangga menonjolkan teman lelaki/wanita masing-masing tanpa ada sedikit perasaan bersalah,ditambah lagi dengan perkataan-perkataan yang digunakan hanya selayaknya bagi pasangan yang sudah berkahwin.
Dan fenomena ini tidak terkecuali menimpa orang-orang yang rapat dengan kita,tidak terkecuali mereka yang tergolong sebagai keluarga kita..!
Dimanakah hilangnya etika dan adab ketimuran kita sebagai orang Melayu yang kononya bersifat pemalu dan bersopan santun..?!
Lebih teruk lagi,di manakah sifat MALU kita sebagai seorang hamba kepada PENCIPTA..?!
Allahurabbi..;(
Mungkin orang akan bertanya apa kaitan ‘couple’ dan zina??
Allah telah berfirman”
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya ia (zina) itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk(Al-Isra’:32)
Asasnya adalah sama,
Kedua2nya memerlukan penglibatan dua orang,lelaki dan perempuan,yang bilamana bersama membuahkan rasa kasih sayang(yang kadang2 cuma sementara..!) dan tidak salah saya katakan ‘couple’ slah satu langkah awal ke arah zina.
Cuba bayangkan,bagaimana dua orang boleh ‘bersama’ jika masing2 tidak mengenali antara satu dengan yang lain?
Bagaimana seorang perempuan boleh begitu senang memberikan harga diri/kehormatan jika tidak ada kasih dan sayang kepada si lelaki?
Lazimnya putaran kehidupan,tidak akan lari dari sunnatullah,yang kecil akan membesar,yang dewasa akan menjadi tua,dan yang tua akan meningkat umurnya dan seterusnya akan meninggalkan kita. Mengenangkan kelaziman ini,sepatutnya manusia akan berasa takut untuk melakukan kemaksiatan kepada Allah,kezaliman kepada sesama makhluk dan kejahatan memandangkan kita semua beriman kepada rukun iman yakni meyakini adanya hari pembalasan.
Begitu juga dengan kepimpinan,yang mana merupakan tanggungjawab(atau lebih tepat dikatakan amanah) yang perlu dipikul oleh seseorang yang telah diberi kepercayaan oleh seseorang. Berbicara tentang kepimpinan,Allah berfirman:
"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia (yg tak melaksanakan amanah) itu amat zalim dan amat bodoh..."al-ahzab:72
"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dimintai pertanggungjawaban tentang kepemimpinan kamu." (HR Bukhari dan Muslim)
Justeru,pemimpin perlulah dipilih bukan sahaja dari segi keupayaan dan kemahiran dalam bidang yang dipimpinnya,malahan perlulah dititikberatkan dari sudut akhlaknya. Saya tertarik dengan jawapan Tn.Guru Haji Hadi apabila ditanya oleh seorang pemuda,bagaimanakah PAS boleh menjamin jika dipilih rakyat untuk membentuk kerajaan,tidak akan berlaku permasalahan seperti kroni,rasuh ataupun masalah salah laku lain dalam pentadbiran,dan Tn Guru menjawab ianya berkaitan dengan akhlak seseorang pemimpin. Justeru ,pentarbiyahan berterusan perlu ditikberatkan oleh setiap orang terutamanya yang bergelar pimpinan memandangkan mereka yang akan berhadapan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi. Kehadiran dalam usrah atau program-program tarbiyyah perlulah dilihat sebagai sesuatu yang penting umpama pentingnya kehadiran menduduki peperiksaan akhir bagi seorang pelajar.
Tetapi,amat menghairankan saya selaku seorang yang bergelar bakal pemimpin,bagaimanakah kemahiran dan kredibiliti seseorang mahasiswa akan diuji jika penglibatan mereka disekat dengan pelbagai sekatan dan diugut dengan pelbagai ancaman. Suara dan tindakan pula perlulah selari dengan pihak-pihak tertentu.
Melihat kepada situasi sekarang,dimana rakan-rakan seangkatan saya langsung tidak berminat untuk berbicara persoalan siasah sedangkan merekalah pewaris kepimpinan negara dan jangan terkejut jika mereka tidak mahu langsung ambil tahu tentang arena politik negara.Ini tidak lain dan tidak bukan disebabkan kesan pelbagai akta dan sekatan tersebut. Adakah pihak pentadbiran melihat minat seseorang dalam bidang siasah/politik ini adalah sesuatu yang boleh muncul tiba-tiba sahaja usai para mahasiswa tersebut bergelar graduan?
Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi,seorang ulama kontemporari berkata “Jika ingin melihat sesebuah negara pada masa hadapan,lihatlah golongan belianya pada hari ini”