Sunday, 27 November 2011

Suatu perjalanan yang panjang

Pelopor gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir



Imam As-Syahid Hassan Al-Banna:

"kuatnya dakwah kita kerana ianya dakwah ALLAH yang merupakan dakwah yang paling tinggi. Seluruh dunia memerlukannya,maka setiap perkara yang terkandung di dalam dunia dipermudahkan untuknya dan disediakan untuk jalan dakwah. Kita bersyukur kepada ALLAH kerana membersihkan diri kita dari ketamakan peribadi dan manfaat perseorangan dan kita tidak ingin kecuali keredhaan ALLAH S.W.T dan kebaikan orang ramai. Kemudian sesungguhnya kita menanti bantuan ALLAH dan pertolonganNya kerana sesiapa yang diberikan pertolongan oleh Allah maka ia tidak dapat dikalahkan."

Alhamdulillah,bersyukur kepada ALLAH di atas kurniaan nafas,iman dan ISLAM,kita melangkah ke tahun baru 1433 Hijrah dalam keadaan masih berada tetap dijalanNya.

Bersyukur juga,dalam minggu terakhir ini,banyak pentarbiyahan yang achik dapat tidak kiralah melalui ustaz,ustazah mahupun para sahabat yang setia di sisi,banyak yang dibincangkan,dan banyak yang perlu dihadam selunaknya sebagai teras untuk kita menghadapi hari depan.

Sebagaimana pentingnya makanan jasad juga untuk kelangsungan hidup manusia,memastikan setiap sel badan mendapat nutrien untuk menghasilkan tenaga secukupnya,begitulah pentingnya makanan rohani kita,menjaga keseimbangan roh,supaya sentiasa tenang menghadapi apa jua mehnah.

Dalam kita merasai kelazatan hidup ditarbiyyah,jangan kita terlupa tentang bahagian yang lain yang tidak boleh kita tinggalkan,kerana menepati sifat ISLAM yang syumul(lengkap),dan menyeluruh,maka tidak sepatutnya kita hanya menumpukan aspek pentarbiyahan semata-mata,kerana matlamat kita untuk menyebarkan dakwah ISLAM dan menegakkannya ke puncak nun tertinggi tidak akan tercapai dengan hanya mengikuti usrah,bicara ilmu dan kuliyyah serta forum semata-mata. Aspek politik,ekonomi,pentadbiran dan sebagainya perlu diuruskan sebaik-baiknya supaya kita mampu bersaing,berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan orang lain,terutamanya musuh-musuh Islam(tidak kiralah golongan kuffar mahupun orang ISLAM sendiri;yang tidak mahu menjalankan syariat ISLAM!)

Allah berfirman,
Wahai orang-orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah syaitan. Sesunguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.”-Surah al-Baqarah: ayat 208.
Achik agak terkilan,apabila dikhabarkan ada sesetengah pertubuhan,yang bernaung menggunakan nama ISLAM,hanya menekankan aspek ukhrawi sahaja sehingga langsung meninggalkan aspek duniawi. Ingatlah bahawa,dunia juga merupakan wasilah.yakni tempat bercucuk tanam untuk menuai hasilnya di akhirat. Jika menekankan aspek pentarbiyahan diri semata-mata tanpa memikirkan permasalahan umat dan dakwah Islam,bukanlah ajaran Islam yang sebenar-benarnya. Sehinggakan sanggup memonteng kelas untuk ke program pentarbiyahan dengan alasan kelas hanya bersifat keduniaan,dan yang kita perlu kejar adalah akhirat semata-mata. Apakah akan terjadi akibat selalu ponteng kelas akan menyebabkan kemerosotan dalam pelajaran,dan akhirnya menjadi FITNAH kepada Islam. Tidakkah malu apabila kita dilabelkan seorang Muslim yang gagal??Di sinilah pentingnya untuk kita memahami FIQH AULAWIYYAT yang sbenar-benarnya,melihat keutamaan dari semua aspek.

Ingatlah,sunnatullah telah menggariskan jalan dakwah bukanlah jalan yang tenang dan dihampar dengan permaidani merah,sebaliknya merupakan jalan yang beronak duri dan penuh dengan mehnah dan tribulasi. Sirah Rasulullah juga,jika diimbas kembali,betapa susahnya Nabi Muhammad S.A.W untuk membawa risalah ISLAM,dilempar dengan batu,difitnah,diugut bunuh dan pelbagai lagi ancaman walhal jika Rasulullah mahu,boleh sahaja baginda menerima pangkat yang diberikan dengan alasan untuk membawa dakwah. Dengan begitu,tiada lagi ancaman yang diterima,dan baginda boleh membawa dakwah dengan senang.Tetapi,disebabkan jalan getir yang dilalui dahululah,ISLAM boleh sampai ke serata dunia sehingga kita mampu hidup dalam nikmat iman pada hari ini.

Jalan yang kita lalui sungguh panjang dan banyak persimpangan. Mungkin sahaja kita berada di jalan yang sama,dan mungkin juga kita berada di jalan yang lain.
Banyak pihak mengatakan mereka membawa Islam,tetapi cubalah koreksi diri masing-masing,jika anda berada di jalan yang sungguh tenang,tanpa pelbagai ancaman,boleh tidur dengan nyenyak tanpa perlu takut memikirkan sebarang permasalahan(hanya bergerak dalam zon selesa),mungkin anda perlu menilai kembali jalan yang anda pilih.

teringat kata-kata seorang professor
LIFE IS A DECISION MAKING PROCESS,SO DECIDE WISELY..
setiap jalan yang dipilih,
setiap langkah yang diatur,
setiap kata yang terucap,
semuanya akan DIPERTANGGUNGJAWABKAN di akhirat nanti..
Allahurabbi..!!

Rasulullah membawa dakwah ini dengan penuh susah payah,dibayar dengan nyawa dan darah,berbanggalah andai anda salah seorang mata rantai perjuangan ini,maka peliharalah dan tautkan sepanjang yang boleh,dan janganlah sesekali menjadi musabab kepada putusnya mata rantai perjuangan ISLAM ini,nauzubillahiminzalik!

Suatu perkongsian yang ringkas dan MUHASABAH diri untuk ana yang hina,dan khilaf..

No comments:

Post a Comment