"wahai kaumku,cari syurga dan lari dari neraka sekuat tenaga kalian. Kerana org yg mencari syurga tidak pernah tidur dan orang yang lari dari neraka juga tidak pernah tidur. Ketahuilah,sesungguhnya akhirat itu pada hari ini dekelilingi dengan hal-hal yang tidak menyenangkan dan dunia dipagari dengan syahwat"(Direkodkan oleh Ath-Tobrani dalam Al-Kabir wa Al-Ausath)
Inti sari Khutbah
- Setiap org beriman perlu berusaha bersungguh-sungguh bagi meraih ganjaran syurga dgn melipatgandakan amalan dan meninggalkan laranganNya.
- wajib mengelakkan diri dari dihumban ke dalam neraka dengan menjauhi segala tegahan dan larangan Allah
- dunia ini kelihatan terlalu indah dan abadi kerana nikmat yang diperoleh darinya. Namun,hakikatnya dunia ini bersifat fana dan pasti akan hilang nanti
- kerana tidak dapat dikesan oleh pancaindera,manusia melihat akhirat sebagai dunia yang sukar,lalu mereka menjauhinya. Sedangkan hakikatnya,alam akhirat itu sentiasa kekal dan dilimpahi dengan nikmat sebenar.
(dipetik dari buku Khutbah Rasulullah:Wasiat Agung buat Umat Tercinta)