Tuesday 29 November 2011

The path that i choose...



masih segar di ingatan
tangan-tangan yang membimbing,merintis aku ke jalan ini

terasa baru semalam aku melangkah
namun,bila aku berpaling
rupanya sudah jauh jalan yang ku tinggalkan
hingga jejakku yang terdahulu
sudah hilang terhapus dek masa

ini jalan yang aku pilih
jalan yang banyak mengajar aku,
pengorbanan
kewaspadaan
kasih sayang
ketaatan
kepimpinan
pentarbiyahan
....................

ini jalan yang aku pilih 
menyaksikan keringat peluh
terkadang berteman air mata
bukan sedikit masa yang diinfaq,
namun aku tidak pernah menyesal,
moga ianya menjadi pemberat timbangan di mizan

ini jalan yang aku pilih
aku meminta padaMu ya Rabb
tetapkanlah hati ku di jalan ini
dan moga jalan ini
adalah JALAN yang kau redhai..
Allahurabbi~

Surah 1 Al-Fatihah ( 7 ayat ) الفاتحة

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.الرَّحْمـنِ الرَّح

Yang menguasai di Hari Pembalasanمَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Tunjukilah kami jalan yang lurus,اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ

(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ


Sunday 27 November 2011

Suatu perjalanan yang panjang

Pelopor gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir



Imam As-Syahid Hassan Al-Banna:

"kuatnya dakwah kita kerana ianya dakwah ALLAH yang merupakan dakwah yang paling tinggi. Seluruh dunia memerlukannya,maka setiap perkara yang terkandung di dalam dunia dipermudahkan untuknya dan disediakan untuk jalan dakwah. Kita bersyukur kepada ALLAH kerana membersihkan diri kita dari ketamakan peribadi dan manfaat perseorangan dan kita tidak ingin kecuali keredhaan ALLAH S.W.T dan kebaikan orang ramai. Kemudian sesungguhnya kita menanti bantuan ALLAH dan pertolonganNya kerana sesiapa yang diberikan pertolongan oleh Allah maka ia tidak dapat dikalahkan."

Alhamdulillah,bersyukur kepada ALLAH di atas kurniaan nafas,iman dan ISLAM,kita melangkah ke tahun baru 1433 Hijrah dalam keadaan masih berada tetap dijalanNya.

Bersyukur juga,dalam minggu terakhir ini,banyak pentarbiyahan yang achik dapat tidak kiralah melalui ustaz,ustazah mahupun para sahabat yang setia di sisi,banyak yang dibincangkan,dan banyak yang perlu dihadam selunaknya sebagai teras untuk kita menghadapi hari depan.

Sebagaimana pentingnya makanan jasad juga untuk kelangsungan hidup manusia,memastikan setiap sel badan mendapat nutrien untuk menghasilkan tenaga secukupnya,begitulah pentingnya makanan rohani kita,menjaga keseimbangan roh,supaya sentiasa tenang menghadapi apa jua mehnah.

Dalam kita merasai kelazatan hidup ditarbiyyah,jangan kita terlupa tentang bahagian yang lain yang tidak boleh kita tinggalkan,kerana menepati sifat ISLAM yang syumul(lengkap),dan menyeluruh,maka tidak sepatutnya kita hanya menumpukan aspek pentarbiyahan semata-mata,kerana matlamat kita untuk menyebarkan dakwah ISLAM dan menegakkannya ke puncak nun tertinggi tidak akan tercapai dengan hanya mengikuti usrah,bicara ilmu dan kuliyyah serta forum semata-mata. Aspek politik,ekonomi,pentadbiran dan sebagainya perlu diuruskan sebaik-baiknya supaya kita mampu bersaing,berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan orang lain,terutamanya musuh-musuh Islam(tidak kiralah golongan kuffar mahupun orang ISLAM sendiri;yang tidak mahu menjalankan syariat ISLAM!)

Allah berfirman,
Wahai orang-orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah syaitan. Sesunguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.”-Surah al-Baqarah: ayat 208.
Achik agak terkilan,apabila dikhabarkan ada sesetengah pertubuhan,yang bernaung menggunakan nama ISLAM,hanya menekankan aspek ukhrawi sahaja sehingga langsung meninggalkan aspek duniawi. Ingatlah bahawa,dunia juga merupakan wasilah.yakni tempat bercucuk tanam untuk menuai hasilnya di akhirat. Jika menekankan aspek pentarbiyahan diri semata-mata tanpa memikirkan permasalahan umat dan dakwah Islam,bukanlah ajaran Islam yang sebenar-benarnya. Sehinggakan sanggup memonteng kelas untuk ke program pentarbiyahan dengan alasan kelas hanya bersifat keduniaan,dan yang kita perlu kejar adalah akhirat semata-mata. Apakah akan terjadi akibat selalu ponteng kelas akan menyebabkan kemerosotan dalam pelajaran,dan akhirnya menjadi FITNAH kepada Islam. Tidakkah malu apabila kita dilabelkan seorang Muslim yang gagal??Di sinilah pentingnya untuk kita memahami FIQH AULAWIYYAT yang sbenar-benarnya,melihat keutamaan dari semua aspek.

Ingatlah,sunnatullah telah menggariskan jalan dakwah bukanlah jalan yang tenang dan dihampar dengan permaidani merah,sebaliknya merupakan jalan yang beronak duri dan penuh dengan mehnah dan tribulasi. Sirah Rasulullah juga,jika diimbas kembali,betapa susahnya Nabi Muhammad S.A.W untuk membawa risalah ISLAM,dilempar dengan batu,difitnah,diugut bunuh dan pelbagai lagi ancaman walhal jika Rasulullah mahu,boleh sahaja baginda menerima pangkat yang diberikan dengan alasan untuk membawa dakwah. Dengan begitu,tiada lagi ancaman yang diterima,dan baginda boleh membawa dakwah dengan senang.Tetapi,disebabkan jalan getir yang dilalui dahululah,ISLAM boleh sampai ke serata dunia sehingga kita mampu hidup dalam nikmat iman pada hari ini.

Jalan yang kita lalui sungguh panjang dan banyak persimpangan. Mungkin sahaja kita berada di jalan yang sama,dan mungkin juga kita berada di jalan yang lain.
Banyak pihak mengatakan mereka membawa Islam,tetapi cubalah koreksi diri masing-masing,jika anda berada di jalan yang sungguh tenang,tanpa pelbagai ancaman,boleh tidur dengan nyenyak tanpa perlu takut memikirkan sebarang permasalahan(hanya bergerak dalam zon selesa),mungkin anda perlu menilai kembali jalan yang anda pilih.

teringat kata-kata seorang professor
LIFE IS A DECISION MAKING PROCESS,SO DECIDE WISELY..
setiap jalan yang dipilih,
setiap langkah yang diatur,
setiap kata yang terucap,
semuanya akan DIPERTANGGUNGJAWABKAN di akhirat nanti..
Allahurabbi..!!

Rasulullah membawa dakwah ini dengan penuh susah payah,dibayar dengan nyawa dan darah,berbanggalah andai anda salah seorang mata rantai perjuangan ini,maka peliharalah dan tautkan sepanjang yang boleh,dan janganlah sesekali menjadi musabab kepada putusnya mata rantai perjuangan ISLAM ini,nauzubillahiminzalik!

Suatu perkongsian yang ringkas dan MUHASABAH diri untuk ana yang hina,dan khilaf..

Sunday 13 November 2011

Remaja VS Nafsu

“Ini ialah satu “surah” yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya).
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.(1-2:Surah An-Nur)

Allah menetapkan hukuman yang begitu berat kepada pelaku-pelaku zina,dan kita dilarang daripada mempunyai rasa belas kasihan dalam menjalankannya.

Selaku seorang yang sedang meniti usia remaja,tidak dapat dinafikan kecenderungan setiap manusia untuk menyayangi dan disayangi. Namun,di sinilah yang akan membezakan sama ada kita hamba yang beriman ataupun tidak,tidak salah kalau saya katakan fitrah ini merupakan salah satu ujian Allah kepada kita,sebagai seseorang  yang mengaku beriman kepada Allah,yakni berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah,

Bukankan Allah telah mengingatkan,
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?(2:Surah Al-Ankabut)
Sangat menyedihkan bilamana rata-rata teman sengkatan begitu bangga menonjolkan teman lelaki/wanita masing-masing tanpa ada sedikit perasaan bersalah,ditambah lagi dengan perkataan-perkataan yang digunakan hanya selayaknya bagi pasangan yang sudah berkahwin.
Dan fenomena ini tidak terkecuali menimpa orang-orang yang rapat dengan kita,tidak terkecuali mereka yang tergolong sebagai keluarga kita..!

Dimanakah hilangnya etika dan adab ketimuran kita sebagai orang Melayu yang kononya bersifat pemalu dan bersopan santun..?!

Lebih teruk lagi,di manakah sifat MALU kita sebagai seorang hamba kepada PENCIPTA..?!
Allahurabbi..;(

Mungkin orang akan bertanya apa kaitan ‘couple’ dan zina??
Allah telah berfirman”

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya ia (zina) itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk(Al-Isra’:32)

Asasnya adalah sama,
Kedua2nya memerlukan penglibatan dua orang,lelaki dan perempuan,yang bilamana bersama membuahkan rasa kasih sayang(yang kadang2 cuma sementara..!) dan tidak salah saya katakan ‘couple’ slah satu langkah awal ke arah zina.

Cuba bayangkan,bagaimana dua orang boleh ‘bersama’ jika masing2 tidak mengenali antara satu dengan yang lain?

Bagaimana seorang perempuan boleh begitu senang memberikan harga diri/kehormatan jika tidak ada kasih dan sayang kepada si lelaki?

achik tertarik dengan pendpat gadis ini

*Minta maaf untuk entri ini jika tidak sesuai untuk dibicarakan,hati sangat terusik dan sedih dgn statistik remaja yang berkhalwat dan berzina
Bak kta pepatah Arab”Kul haqq walau kana murra”
:berkatalah benar walaupun ianya pahit

Saturday 12 November 2011

Mahasiswa dan masa hadapan


Lazimnya putaran kehidupan,tidak akan lari dari sunnatullah,yang kecil akan membesar,yang dewasa akan menjadi tua,dan yang tua akan meningkat umurnya dan seterusnya akan meninggalkan kita. Mengenangkan kelaziman ini,sepatutnya manusia akan berasa takut untuk melakukan kemaksiatan kepada Allah,kezaliman kepada sesama makhluk dan kejahatan memandangkan kita semua beriman kepada rukun iman yakni meyakini adanya hari pembalasan.

Begitu juga dengan kepimpinan,yang mana merupakan tanggungjawab(atau lebih tepat dikatakan amanah) yang perlu dipikul oleh seseorang yang telah diberi kepercayaan oleh seseorang. Berbicara tentang kepimpinan,Allah berfirman:

 "Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia (yg tak melaksanakan amanah) itu amat zalim dan amat bodoh..."al-ahzab:72

 "Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dimintai pertanggungjawaban tentang kepemimpinan kamu." (HR Bukhari dan Muslim)

Justeru,pemimpin perlulah dipilih bukan sahaja dari segi keupayaan dan kemahiran dalam bidang yang dipimpinnya,malahan perlulah dititikberatkan dari sudut akhlaknya. Saya tertarik dengan jawapan Tn.Guru Haji Hadi apabila ditanya oleh seorang pemuda,bagaimanakah  PAS boleh menjamin jika dipilih rakyat untuk membentuk kerajaan,tidak akan berlaku permasalahan seperti kroni,rasuh ataupun masalah salah laku lain dalam pentadbiran,dan Tn Guru menjawab ianya berkaitan dengan akhlak seseorang pemimpin. Justeru ,pentarbiyahan berterusan perlu ditikberatkan oleh setiap orang terutamanya yang bergelar pimpinan memandangkan mereka yang akan berhadapan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi. Kehadiran dalam usrah atau program-program tarbiyyah perlulah dilihat sebagai sesuatu yang penting umpama pentingnya kehadiran menduduki peperiksaan akhir bagi seorang pelajar.   

Tetapi,amat menghairankan saya selaku seorang yang bergelar bakal pemimpin,bagaimanakah kemahiran dan kredibiliti seseorang mahasiswa akan diuji jika penglibatan  mereka disekat dengan pelbagai sekatan dan diugut dengan pelbagai ancaman. Suara dan tindakan pula perlulah selari dengan pihak-pihak tertentu.
Melihat kepada situasi sekarang,dimana rakan-rakan seangkatan saya langsung tidak berminat untuk berbicara persoalan siasah sedangkan merekalah pewaris kepimpinan negara dan jangan terkejut jika mereka tidak mahu langsung ambil tahu tentang arena politik negara.Ini tidak lain dan tidak bukan disebabkan kesan pelbagai akta dan sekatan tersebut. Adakah pihak pentadbiran melihat minat seseorang dalam bidang siasah/politik ini adalah sesuatu yang boleh muncul tiba-tiba sahaja usai para mahasiswa tersebut bergelar graduan?

Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi,seorang ulama kontemporari berkata “Jika ingin melihat sesebuah negara pada masa hadapan,lihatlah golongan belianya pada hari ini”

Tepuk dada,tanyalah akal yang waras.

Friday 11 November 2011

Suatu permulaan~

Menggengam tabah
Mengulum sisa-sisa kekuatan
Menyusun kembali langkah
Agar aku bisa menapak semula

Kelmarin yang longlai
Aku ingin tinggalkan sejauhnya
Sisa yang pedih dan hitam
Ingin aku campak sejauhnya
Pergi engkau,pergilah sejauhnya
Jangan kau ganggu hidupku ..!!

Dari sinar harapan pada mata bonda juga ayahanda
Jua titipan amanah dari sang murabbi
 Sahabat yang tidak henti mendokong
Dan dia yang teristimewa,sentiasa sabar mentarbiyyah
(terima kasih sayang..)

Demi DIA,dia dan juga dia..
Aku akan bangkit berdiri
Tapi aku mohon doa kalian
Akar semangatku masih tidak seteguh mana
Imanku masih senipis kulit bawang
Mohon doanya..
Terima kasih kalian.. 

p/s:thanx adeq 4 ur words,~